Kongres Makanan Warisan 2019 dengan tema “Definisi Dan Identiti Makanan Warisan Melayu” merupakan agenda Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) dalam mewujudkan kesedaran dan keperihatinan terhadap makanan warisan Melayu.
Sebagai perintis di dalam bidang seni kulinari tanah air, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA bertanggungjawab mewujudkan kesedaran dan keperihatinan para akademia dan masyarakat terutama generasi muda Malaysia tentang tanggungjawab sosial dalam menghayati nilai warisan tidak ketara khususnya makanan dan minuman warisan bangsa Melayu. Kongres ini di harap akan menjadi penggerak untuk mengangkat dan memartabatkan makanan tradisi warisan Melayu ke suatu tahap yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan teknologi makanan masa kini.
Dif Kehormat
Objektif
Penyatuan makanan warisan bangsa Melayu dari satu rumpun
Mewujudkan jaringan kuisin Melayu Nusantara dan negara-negara Asean termasuk makanan-makanan dari istana-istana diraja. Pengkelasan hidangan dan kuisin Melayu secara muktamad
Meningkatkan taraf peninggalan makanan warisan Melayu ke arah globalisasi
Mengenal pasti strategi bagi mempamerkan kekayaan makanan warisan bangsa Melayu dan menonjolkan nilai komersial dan mengukuhkan imej kuisin Melayu di persada dunia.
Platform permindahan dan jangkauan ilmu masyarakat
Mewujudkan hub warisan tidak ketara bagi rangkaian pembangunan penyelidikan dan penerbitan khususnya dibidang makanan dan bahasa makanan dengan memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan makanan warisan.
Meningkatkan pengetahuan dan membina generasi pewaris bangsa
Landasan untuk mendaftarkan pengisytiharan warisan kebangsaan
Bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara didalam usaha pendaftaran kepentingan sejarah makanan warisan
Program
Pendaftaran Atas Talian
sebelum 10 April 2019
Sila daftar maklumat anda beserta dengan bukti pembayaran di sini.
Hubungi kami
Pn. Rosmaliza Muhammad
Ketua Sekretariat
Kongres Warisan Makanan 2019
​
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
Universiti Teknologi MARA
42300 Puncak Alam, Selangor
MALAYSIA
Tel : 012 2631 771
Fax: 03-32584868
e-mail: kmwarisan19@gmail.com